navi

Wednesday 3 April 2024

Program Kempen Zero Waste @ Bazar Ramadan 2024

24 MAC 2024: Persatuan Pendidik Lestari Hijau Pulau Pinang (GREW) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah menganjurkan program Kempen Zero Waste @ Bazar Ramadan 2024 pada 24 Mac 2024 yang lepas bertempat di Bazar Ramadhan Tapak pesta Sungai Nibong, Bayan Baru, Pulau Pinang. Program ini telah dirasmikan oleh Datuk Bandar MBPP dan YB. DATO' SERI SUNDARAJOO A/L SOMU (EXCO Alam Sekitar dan Perumahan Pulau Pinang). Seramai 16 orang pelajar serta 2 orang pensyarah PBU telah turut menyertai dalam menjayakan program ini.






Sunday 21 January 2024

MESYUARAT PENGURUSAN EKSA BIL. 1/2024


22 JANUARI 2024(ISNIN):  Mesyuarat jawatankuasa EKSA yang pertama pada tahun 2024 telah diadakan di Bilik Persidangan pada 19 Januari yang lepas. Mesyuarat ini dihadiri oleh Tuan Azrayhafizi bin Mat Zin selaku pengerusi EKSA PBU, Encik Nasrul Azhan bin Muuti sebagai timbalan pengerusi dan ahli jawatankuasa utama unit EKSA PBU.