29 JUN 2018 (JUMAAT): Bersempena dengan pembukaan semester baru pada Jun 2018, pihak PBU telah mengadakan satu sesi gotong royong bersama pelajar-plajar ambilan baru Jun 2018. Sebanyak lebih kurang 270 orang pelajar terlibat dalam aktiviti gotong royong tersebut.
Jutaan terima kasih kepada semua pelajar baharu yang telah menjayakan sesi gotong-royong EKSA di kesemua zon PBU hari ini. Hasil penat lelah gandingan pelajar dan sekiaan pegawai berjaya meningkatkan tahap kekondusifan persekitaran kampus bukan sahaja bertujuan untuk pengiktirafan, tetapi ia turut memberi semangat baru bagi sesi pengajian Jun 2018 yang akan berlangsung pada isnin ini.
membersihkan kawasan bangunan JSKK
gotong royong di bangunan JSKK
gotong royong di kawasan Dewan Serbaguna
Mudah-mudahan ia akan kekal begini selamanya. Dalam masa yang sama, penambahbaikan akan turut dilaksanakan sesuai dengan keadaan semasa. Syabas diucapkan kepada semua pelajar baharu!
No comments:
Post a Comment