navi

APA ITU EKSA







     EKSA telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai satu inisiatif penjenamaan semula dan penambahbaikan terhadap Amalan Persekitaran Berkualiti yang berteraskan 5S iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal telah mewu­judkan Ekosistem Kondusif 5ektor Awam (EK5A) yang diperkenalkan oleh MAMPU. Penambahbaikan ini masih berteraskan kepada amalan 5S dengan menitikberatkan imej sektor awam, menggalakkan kreativiti dan inovasi selaras dengan kepuasan pelanggan dan mewujudkan persekitaran yang kondusif dan berteknologi hijau melalui aktiviti - aktiviti Go Green.


Penubuhan EKSA juga telah memberi nafas baru dalam beberapa kriteria pengauditan dengan membahagikan kriteria - kriteria tersebut kepada dua bahagian iaitu, kriteria generik dan kriteria khusus. Kriteria - kriteria ini disesuaikan penilaiannya mengikut fungsi agensi - agensi kerajaan Malaysia amnya dan Politeknik Balik Pulau khususnya.


Langkah penjenamaan semula ini adalah relevan dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan atau agensi sektor awam.