navi

Thursday 9 August 2018

HARI JUMAAT HARI EKSA



Bermula bulan oktober 2017 Unit promosi EKSA telah menganjurkan HARI EKSA pada setiap hari jumaat. Hal ini adalah untuk memastikan semua warga PBU yang terdiri dari staf dan pelajar-pelajar PBU sentiasa mengamalkan EKSA Semua staf PBU akan diingatkan pada setiap hari jumaat melalui wasap group oleh unit promosi.  Pelbagai peringatan diberikan pada setiap pagi jumaat untuk memastikan setiap warga sentiasa amalkan EKSA sepanjang berada di kawasan PBU.

Sekali setiap bulan samada  pada waktu  pagi atau petang jumaat ,Pihak pengurusan yang terdiri dari Penaung EKSA, Penasihat EKSA, Pengerusi EKSA dan Penyelaras EKSA akan ke zon-zon yang dipilih untuk melihat persekitaran zon.  Ini untuk memastikan zon-zon EKSA dalam organisasi berada dalam keadaan kondusif.

No comments:

Post a Comment