navi

Wednesday 8 August 2018

PEMENANG-PEMENANG PRODUK INOVASI DAN POSTER DIGITAL SEMPENA PERTANDINAGN GO GREEN





26 JULAI 2018 (KHAMIS): Pertandingan Go Green sudah berada di kemuncaknya. Segala tempoh yang telah diberikan kepada para pelajar PBU untuk menyiapkan hasil karya mereka sudah mencukupi. Maka tibalah hari yang dinanti-nantikan iaitu hari penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan Go Green yang telah berlangsung pada 25 Julai 2018 bertempat di Dewan Kuliah Utama.



     Majlis penyampaian hadiah telah dilakukan selepas majlis Anugerah Ketua Jabatan yang berlangsung pada siang hari yang sama. Hadiah telah disampaikan oleh Pengarah PBU sendiri, iaitu Tuan Hj. Mohd Fisal bin Haroon. Majlis yang bermula pada tengah hari itu telah dihadiri oleh semua peserta pertandingan dan juga para pensyarah


     Untuk kategori pertandingan produk inovasi yang disertai oleh pelajar semester 1-4, pemenang tempat pertama telah dimenangi oleh kelad DDT3A, manakala tempat kedua dimenangi oleh kelas DNS4C dan tempat ketiga dimenagi oleh kelas DDT1C. Selain daripada itu, terdapat dua anugerah lain yang dipertandingkan. Poduk inovasi daripada kelas DDT1F berjaya merangkul anugerah Idea Inovasi Pilihan dan wakil peserta daripada kelas DNS4A berjaya memenangi anugerah khas juri.

     Bagi pertandingan poster digital pula yang terbuka kepada pelajar semester 4 dan 5, hadiah tempat pertama dimenangi oleh  DDT5B manakala kelas DDT4A menggondol hadiah tempat ke-2.

Berikut merupakan produk-produk inovasi dan poster digital yang telah dihasilkan oleh pelajar-pelajar PBU:




Produk pemenang tempat ke-2


Produk pemenang tempat ke-3


anugerah idea inovasi pilihan






Digital hasil ciptaan pelajar Semester 4 dan 5


Pemenang tempat pertama poster digital


Pemenang tempat ke-2 poster digital


No comments:

Post a Comment