navi

Tuesday 13 August 2019

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA PBU 2019








09 OGOS 2019 (JUMAAT): Sempena dalam bulan kemerdekaan yang ke-62, pihak pengurusan EKSA PBU telah menganjurkan satu aktiviti gotong royong perdana telah diadakan melibatkan semua pelajar dan staf PBU. Aktiviti ini telah berjalan selama satu hari dengan sasaran unutk menceriakan keadaan persekitaran PBU 

      Pelajar terdiri daripada mereka yang merupakan pelajar berstatus aktif dan masih meneruskan pengajian. Mereka merupakan pelajar semester 1 hingga pelajar semester 6. Pelajar telah dibahagikan mengikut kelas masing-masing dalam aktiviti ini. Setiap kelas mempunyai kawasan yang telah ditetapkan bagi menceria serta membersihkan kawsan tersebut.


     Program telah dimulakan dengan perhimpunan pagi yang diadakan di dewan utama politeknik bagi mengumpulkan kesemua pelajar. Mereka telah diberi sarapan pagi untuk mengumpul tenaga sebelum memulakan aktiviti gotong-royong di kawasan masing-masing. Setiap kelas mempunyai seorang pemantau yang terdiri daripada staf politeknik bagi melancarkan perjalanan aktiviti ini.


   
          


     Antara kawasan yang telah dibersihkan adalah bilik kuliah di bangunan akademik, Dewan Kuliah Utama, Dewan Kuliah 1 serta kawasan sekitarnya. Para pelajar telah memberikan komitmen serta kerajinan yang tinggi bagi memastikan suasana persekitaran PBU sentiasa kemas dan ceria. 





  
     Program telah berakhir pada waktu makan tengah hari. Kesemua pelajar tpulang ke kawasan kediaman masing-masing sejurus program tamat. Pihak pengurusan mengucapkan terima kasih keapda semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis gotong-royong ini.

No comments:

Post a Comment