navi

Wednesday 9 October 2019

LAWATAN PENANDAARASDAN DARIPADA INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN ARUMUGAM PILLAI NIBONG TEBAL




9 OKTOBER 2019 (RABU): Nama PBU dalam arena perlaksanaan EKSA terus meniti di bibir pihak jabatan luar. Kali ini, Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal (ILPAPNT) telah mengadakan lawatan penandaarasan ke PBU bagi menyedut segala ilmu dan langkah-langkah pelestarian EKSA. Rombongan terdiri daripada 16 orang staf dan 15 orang pelajar institut tersebut.



     Lawatan daripada ILPAPNT telah mengambil tempat pada 8 Oktober. Rombongan daripada seberang disambut mesra oleh pengarah PBU, Tuan Abdul Hanif dan juga majlis tertinggi pengurusan PBU. Mesyuarat pembukaan merupakan agenda pertama pada hari tersebut. Rombongan telah diberi taklimat serba sedikit mengenai latar belakang PBU seterusnya berkenaan pengurusan EKSA di PBU.





     Selesai mesyuarat, rombongan telah dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk dibawa meninjau kawasan sekitar bangunan pentadbiran dan bangunan akademik PBU. Hal ini bagi menjimatkan masa peninjauan. Antara jabatan yang telah dilawati adalah Jabatan Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi (JTMK), Jabatan Matematik Sains dan Komputer serta Jabatan Pengajian Am. Tuan pengarah merupakan antara individu yang mengepalai lawatan dari satu jabatan ke jabatan yang lain. Ahli jawatankuasa EKSA PBU telah memberikan pelbagai tips dan saranan sepanjang lawatan tersebut bagi membuka idea kepada rombongan untuk melestarikan EKSA di ILPAPNT.











     Setelah selesai lawatan, rombongan telah berkumpul di pusat pelajar sementara menuggu bas untuk pulang ke institut. Rombongan telah pulang menaiki bas ke institut pada waktu makan tengah hari.


 

      Pihak Politeknik Balik Pulau ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak rombongan ILPAPNT kerana sudi hadir ke teratak kami untuk tujuan penandaarasan. Pihak kami berharap agar segala tunjuk ajar serta ilmu berkaitan dengan pelestarian EKSA dapat sedikit sebanyak memberi cetusan minda kepada rombogan agar dapat memperkasakan EKSA di institut pada masa akan datang.


**GAMBAR KESEMUA ADALAH IHSAN DARIPADA PIHAK ILPAPNT** 

No comments:

Post a Comment