navi

Monday 9 December 2019

GOTONG-ROYONG PERDANA BAGI SESI DISEMBER 2019







6 DISEMBER 2019 (JUMAAT): Bersempena dengan pembukaan semester baru pada Disember 2019, pihak PBU telah mengadakan satu sesi gotong royong bersama pelajar-plajar ambilan baru sesi Disember 2019. Sebanyak lebih kurang 57 orang pelajar terlibat dalam aktiviti gotong royong tersebut.





     Aktiviti yang murni ini bermula pada pukul 8:30 pagi. Para pelajar telah dipecahkan mengikut zon yang diketuai oleh staf-staf PBU sendiri. Secara anggaran, setiap zon mempunyai seramai 6 orang pelajar. Mereka telah membersihkan dan mengemaskan kawasan-kawasan yang didapati masih tidak memuaskan. Antara lokasi yang terlibat adalah pusat sukan, pusat islam, dan juga bangunan akademik pelajar.












     Jutaan terima kasih kepada semua pelajar baharu yang telah menjayakan sesi gotong-royong EKSA di kesemua zon PBU hari ini. Hasil penat lelah gandingan pelajar dan sekiaan pegawai berjaya meningkatkan tahap kekondusifan persekitaran kampus bukan sahaja bertujuan untuk pengiktirafan, tetapi ia turut memberi semangat baru bagi sesi pengajian Disember 2019 yang akan berlangsung pada isnin ini.

No comments:

Post a Comment