27 OGOS 2022(SABTU): Penganjur aktiviti Pembersihan Pantai sempena Penang World CleanUp Day 2022 melibatkan kerjasama beberapa badan NGO, iaitu Aimpactz, Persatuan Pendidik Lestari Hijau (GREW), Panjam dan Redo. Sebanyak 50 buah sekolah dari Pulau Pinang (termasuk Politeknik Balik Pulau) telah terlibat sebagai “Spot-Organiser” untuk membersihkan 16 buah pantai di sekitar Pulau Pinang.
Pelancaran telah dilaksanakan pada 8am, 27/08/2022, di Pantai Gertak Sanggul. Aktiviti ini telah memberi peluang kepada pelajar Politeknik Balik Pulau, terutamanya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) untuk menjadi penganjur bersama (spot-organizer) untuk CSR ini. Ia dapat mewujudkan hubungan yang baik di antara para peserta, di samping mewujudkan persekitaran lebih bersih, selamat dan lebih hijau di samping menyebar luas mesej tentang kelestarian dengan data yang dikumpul.
No comments:
Post a Comment