12 DISEMBER 2024 (RABU): Mesyuarat pebukaan Audit Dalaman Bil. 2/2024 telah diadakan pada 28 November 2024 (Khamis) di Bilik Persidangan, PBU. Mesyuarat ini dipengerusi oleh Tuan Azrayhafizi bin Mat Zin selaku pengerusi EKSA PBU dan disertai oleh Ketua Penyelaras EKSA PBU, Puan Sarena Binti Mohd Zahid, ketua-ketua zon serta auditor-auditor EKSA PBU. Mesyuarat ini membincangkan hal-hal utama seperti pengesahan jadual audit.
Audit Dalaman Bil. 2/2024 telah jalankan dari 29/11/2024 sehingga 5/12/2024. Kesemua 9 zon telah diaudit oleh auditor-auditor EKSA. Gambar-gambar di bawah menunjukkan sebagian auditor sedang menjalankan proses audit berdasarkan komponen-komponen yang ditetapkan.
Mesyuarat penutupan Audit Dalaman Bil. 2/2024 telah diadakan pada 6 Disember 2024 (Jumaat) di Bilik Persidangan, PBU. Mesyuarat ini dipengerusi oleh Tuan Azrayhafizi bin Mat Zin selaku pengerusi EKSA PBU dan disertai oleh Ketua Penyelaras EKSA PBU, Puan Sarena Binti Mohd Zahid, ketua-ketua zon serta auditor-auditor EKSA PBU. Agenda utama mesyuarat ini adalah membentangkan hasil dapatan audit yang dijalankan selama 5 hari.