navi

Monday 30 October 2017

LAWATAN PENGKONGSIAN ILMU BERKAITAN AUDITAN EKSA DARI INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN ARUMUGAM PILLAI (ILPAP)










8 FEBUARI 2018 (KHAMIS): Latihan pengukuhan merupakan salah satu langkah yang penting bagi mencapai sesuatu kejayaan. Jika tiada usaha yang berterusan, maka sesuatu kejaan itu menjadi sukar untuk diperoleh. Oleh itu pada hari khamis yang lepas, pihak PBU telah menyambut kehadiran delegasi daripada Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai(ILPAP) yang berpangkalan di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Delegasi ini diketuai oleh Encik X serta beberapa orang staf daripada ILPAP.





Majlis Perkongsian ilmu ini telah dipengerusikan oleh Penaung EKSA PBU iaitu Mejar (K) Tuan Hj. Mohd Fisal bin Haroon. Turut hadir adalah Pengerusi EKSA PBU iaitu Puan Pazilah binti Darus dan disertai oleh beberapa ahli pengurusan tertinggi EKSA Politeknik Balik Pulau yang lain. Majlis ini telah berlangsung selama sehari sahaja daripada jam 9 pagi hingga jam 4 petang.





     Banyak ilmu yang telah dikongsikan oleh pihak ILPAP. Mereka telah menyemak fail pengurusan EKSA dan juga fail zon-zon EKSA. Antara ilmu yang dikongsikan adalah seperti kandungan-kandungan penting yang perlu ada di dalam setiap fail zon, susun atur kandungan di dalam fail dan pelbagai lagi. Semua pihak terutamanya setiausaha-setiausaha daripada pihak pengurusan mahupun peringkat zon telah menerima segala teguran dan idea secara terbuka. Ini amatlah penting bagi memastikan garis panduan yang ditetapkan adalah selaras seperti yang dikehendaki oleh pihak MAMPU.


Lebih daripada itu, delegasi daripada ILPAP juga turut melawati beberapa kawasan zon di sekitar zon untuk tujuan pemantauan. Mereka telah melihat sudut EKSA di beberapa zon seperti Zon Acer, Zon Vaio, Zon Mesiniaga dan sebagainya. Antara perkara yang telah diketengahkan adalah mengenai kandungan sudut zon serta susun atur kedudukan pada sudut setiap zon.


     










Sebagai tanda penghargaan, pihak PBU telah menyerahkan cenderahati kepada pihak ILPAP sebagai kenang-kenangan. Semoga dengan pengkongsian ilnu yang bermanfaat ini, pihak EKSA PBU mampu membuat persediaan bagi menghadapi pengauditan EKSA di masa hadapan kelak.











No comments:

Post a Comment