navi

Friday 9 March 2018

PEER ASSESSMENT BERSAMA RAKAN KERJA SEBELAH




9 MAC 2018 (JUMAAT): Hari ini pihak promosi telah didatangkan dengan satu idea bernas untuk memperbaili segala kekurangan dalam pelestarian EKSA di PBU. "Peer Assessment" adalah idea yang boleh diguna pakai oleh sesama staf demi meningkatkan keceriaan di PBU pada dasarnya lantas mampu mecapai standard yang ditetapkan oleh pihak MAMPU bagi mendapat persijilan EKSA.

     Antara cara-cara yang boleh diamalkan adalah dengan menilai ruang rakan kerja di meja bersebelahan kita. Selepas itu, jika sudah memuaskan, boleh beralih ke bahagian gerobok, pedastal dan bahagian-bahagian lain.
  
     Semoga semua staf dapat memberikan kerjasama yang baik dalam gabungan kubikel masing-masing.

No comments:

Post a Comment