navi

Friday 17 August 2018

AUDIT DARI PIHAK MAMPU PADA 15 DAN 16 OGOS 2018





17 OGOS 2018 (JUMAAT): Hari yang dinantikan selama ini telah pun tiba. Segala usaha yang dilakukan selama ini telah sampai ke kemuncaknya. Tanggal 15 dan 16 Ogos merupakan hari yang bersejarah bagi PBU kerana telah menerima kedatangan wakil daripada pihak Unit Pemodenan Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang diketuai oleh Encik Mogana Rau a/l Muniandy ditemani beberapa orang pengiring.




     Terlebih dahulu, rombongan daripada pihak MAMPU telah disambut oleh barisan pentadbiran tertinggi PBU iaitu Penaung EKSA, Mejar (K) Tuan Hj. Mohd Fisal bin Haroon, Penasihat EKSA, Tuan Rusmay bin Abdullah beserta wakil- wakil staf yang mewakili zon-zon EKSA di sekitar PBU yang menghijau ini. Lawatan yang berlangsung selama dua hari ini menyaksikan bangunan-bangunan pentadbiran serta kawasan sekitarnya telah diaudit.


     Majlis dimulakan dengan sedikit sarapan pagi yang disediakan oleh wakil PBU kepada tetamu yang hadir. Selepas itu, sesi taklimat serta pengenalan telah diadakan sebelum bermulanya sesi pengauditan. Sesi pengauditan telah berlangsung di hampir kesemua kawasan zon-zon EKSA seperti VAIO, APPLE dan sebagainya. Kesemua staf yang berada dilihat kelihatan ceria dan gembira apabila auditan dilakukan












     Smoga pihak PBU memperoleh sijil yang bakal dikeluarkan oleh pihak MAMPU. Ini adlah penting bagi menonjolkan identiti PBU sebagai salah sebuah institusi pengajian tinggi yang mengamalkan persekitaran yang sihat dan ceria

No comments:

Post a Comment