navi

Friday 7 December 2018

TAKLIMAT PENGENALAN EKSA KEPADA PELAJAR AMBILAN BARU

 

5 DISEMBER 2018 (RABU):  Penghuni di PBU telah bertambah dengan pendaftaran pelajar baru yang berjumlah seramai 52 orang. Pelajar ini telah mendaftar untuk memasuki sesi Disember 2018. Minggu orientasi untuk pelajar baru telah diadakan selama seminggu bagi mendedahkan kepada pelajar tersebut mengenai persekitaran PBU.





     Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan EKSA telah mengambil langkah awal dengan mengadakan satu slot berkaitan pengenalan EKSA kepada pelajar-pelajar baharu ini. Antara maklumat yag disampaikan adalah mengenai apa itu EKSA, mengapa perlu diamalkan di di setiap politeknik. Sesi taklimat  tersebut telah disampaikan oleh Puan Siti Fartimah Binti Yusop,fasilitator EKSA.


     Sesi taklimat yang berlangsung selama 45 minit di Dewan Kuliah Utama itu sedikit sebanyak telah memberikan sedikit kesedaran di dalam diri kalangan pelajar dalam mempraktikkan amalan EKSA di dalam kalangan pelajar baru. Selamat datang dan selamat maju jaya diucapkan kepada warga PBU yang baru ini!



No comments:

Post a Comment