navi

Thursday 28 February 2019

LAWATAN PENANDA ARAS DARI POLITEKNIK SEBERANG PERAI(PSP)







26 FEBUARI 2019 (SELASA): Lantaran daripada kejayaan Politeknik Balik Pulau merangkul Anugerah Kecemerlangan EKSA daripada pihak MAMPU, jiran terdekat PBU iaitu Politeknik Seberang Perai(PSP) telah datang singgah bagi mengadakan lawatan benchmarking berkaitan dengan pengamalan EKSA di PBU. Lawatan ini telah berlangsung selama satu hari melibatkan seramai 31 staf daripada PSP yang terdiri daripada  para pensyarah dan juga staf sokongan.







     Kedatangan rombongan PSP telah disambut oleh naib pengerusi EKSA PBU iaitu Puan Pazilah Bt. Darus dan juga Ketua Jabatan Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi(JTMK), Puan Wan Nur Wahidah Bt. Hashim. Rombongan tiba di PBU pada pukul 9.00 pagi dengan menaiki sebuah bas. Rombongan diketuai oleh Puan Hawariah Bt Kamaruddin yang merupakan pengerusi EKSA PSP.

     Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi pengenalan bersama rombongan yang diadakan di Dewan Kuliah 1. Mereka telah didedahkan dengan sejarah penubuhan EKSA di PBU, amalan- amalan EKSA yang diamalkan oleh staf-staf di sini seperti menyelaraskan cara  memparkir kenderaan, menyelaraskan suhu penghawa dingin dan sebagainya. Setelah berakhirnya sesi pengenalan, setiap ahli rombongan telah dibawa melawat ke blok-blok bangunan oleh fasilitator-fasilitator PBU. Antara tempat yang dilawati adalah di pejabat pengarah, bilik-bilik pensyarah, makmal komputer dan rangkaian serta pejabat bahagian pentadbiran.






    
 Semoga dengan kedatangan rombongan dari PSP ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka bagi meningkatkan lagi kualiti dalam memperkasakan amalan EKSA sekitar Politeknik Seberang Perai. Ribuan terima kasih diucapkan kepada rombongan PSP kerana telah menjadikan kami sebagai batu loncatan. Semoga kita berjumpa lagi di masa hadapan.    

   

No comments:

Post a Comment