navi

Tuesday 30 July 2019

LAWATAN PENANDAARASAN EKSA KE KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS




30 JULAI 2019 (SELASA): Ekoran daripada lawatan penada arasan oleh pegawai-pegawai dari Kolej Komuniti Kepala Batas yang telah berlangsung pada bulan Jun lepas, pihak pengurusan EKSA PBU telah terpanggil-panggil untuk membuat lawatan penanda arasan ke kolej komuniti terbabit bagi mencedok teknik atau kaedah yang telah diguna pakai untuk melestarikan EKSA. Lawatan berlangsung pada 26/07/2019




           Lawatan penandaarasan tersebut telah dihadiri beberapa orang pegawai yang juga merupakan ahli jawatankuasa EKSA di PBU sendiri. Setiap zon telah menghantar sebanyak 2 wakil bagi tujuan lawatan tersebut. Mereka merupakan pegawai yang telah terpilih. Lawatan ini diketuai oleh puan Rafizah selaku naib pengerusi EKSA PBU.











     Rombongan daripada pihak PBU telah melawat beberapa kawasan di sekitar bangunan pentadbiran dan bangunan pembelajaran. Mereka telah diberi pendedahan tentang amalan EKSA di kolej komuniti. Pelbagai ilmu baru telah dipelajari untuk diaplikasikan di PBU kelak.





     Pihak PBU ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil pengurusan Kolej Komuniti Kepala Batas kerana sudi menjemput bagi tujuan lawatan penanda aras. Semoga segala ilmu yang telah didapai dapat digunapakai pada masa hadapan kelak.

No comments:

Post a Comment