15 JULAI 2020(RABU): Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Politeknik Balik Pulau telah mengadakan Lawatan Penandarasan dan Perkongsian Ilmu ke Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara (IABCU) yang diadakan selama satu (1) hari dengan jayanya. Lawatan ini telah dihadiri oleh 8 orang ahli Jawatankuasa EKSA PBU yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi EKSA PBU, Ts. Rosnee binti Zainol.
Objektif lawatan tersebut adalah bertujuan untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai sistem pengurusan dan perlaksanaan EKSA di IABCU memandangkan Institut tersebut telah mendapat persijilan EKSA dari Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).
Pertemuan singkat ini juga berkisar kepada perkongsian idea mengenai pengamalan EKSA di Institut tersebut. Semoga dengan lawatan ini, dapat membantu memberi aspirasi kepada PBU untuk terus komited dalam pelaksanaan EKSA seterusnya berjaya mendapat pensijilan EKSA dari MAMPU.
No comments:
Post a Comment