navi

Tuesday, 30 June 2020

LAWATAN BENCHMARKING DARIPADA KOLEJ KOMUNITI BAYAN BARU





30 JUN 20120(SELASA): Nama PBU dalam arena perlaksanaan EKSA masihvmeniti di bibir pihak jabatan luar. Kali ini, Kolej Komuniti Bayan Baru telah mengadakan lawatan penandaarasan ke PBU bagi menyedut segala ilmu dan langkah-langkah pelestarian EKSA. Rombongan terdiri daripada lebih kurang 12 orang staf dari institut tersebut.



     Lawatan daripada kolej komuniti telah mengambil tempat pada 30 Jun 2020. Rombongan disambut mesra oleh timbalan pengarah PBU, Tuan Jasni bin Mohd Yusoff dan juga majlis tertinggi pengurusan PBU. Mesyuarat pembukaan merupakan agenda pertama pada hari tersebut. Rombongan telah diberi taklimat serba sedikit mengenai latar belakang PBU seterusnya berkenaan pengurusan EKSA di PBU.






Selesai mesyuarat, rombongan telah dbawa untuk dibawa meninjau kawasan sekitar bangunan pentadbiran dan bangunan akademik PBU.Antara jabatan yang telah dilawati adalah Jabatan Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi (JTMK), Jabatan Matematik Sains dan Komputer serta Jabatan Pengajian Am. Timbalan pengarah merupakan antara individu yang mengepalai lawatan dari satu jabatan ke jabatan yang lain. Ahli jawatankuasa EKSA PBU telah memberikan pelbagai tips dan saranan sepanjang lawatan tersebut bagi membuka idea kepada rombongan untuk melestarikan EKSA di kolej komuniti




Setelah selesai lawatan, rombongan telah berkumpul di pusat pelajar sementara menuggu bas untuk pulang ke institut. Rombongan telah pulang menaiki bas ke institut setalah majlis penutupan selesai



No comments:

Post a Comment