30 MAC 2023(KHAMIS): Seramai 43 orang staf dan 31 orang pelajar PBU telah menyertai program Kempen Cabaran Vlog Zero Waste@Bazaar Ramadan 2023 Peringkat Pulau Pinang di Bazaar Ramadan Balik Pulau. Program ini telah dirasmikan oleh Dato‘ Ar Yew Tung Seang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). Turut hadir En. Khou Jerome iaitu Pengerusi GREW, Pengarah PBU, Hjh. Roseliza binti Shaari dan Tn. Azrayhafizi bin Matzin (TPSA)
Program ini dianjurkan oleh Green Educators‘ Workgroup (GREW) bersama Penang Green Council dengan kerjasama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) & Majlis Bandaraya Seberang Perai ( MBSP).
Objektif program ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai supaya mengurangkan penggunaan penyedut minuman plastik dan barangan plastik guna sekali di bazaar ramadan dan membuktikan bahawa bawa bekas, botol dan beg sendiri adalah praktikal untuk dipraktikkan sebagai amalan Zero Waste.
Program ini juga berupaya menyediakan platform kepada belia dari latar belakang, sekolah dan kampus yang berbeza ini supaya dapat belajar antara satu sama lain, mengenal pasti isu alam sekitar setempat dan menyelesaikannya bersama-sama. Tahniah dan Syabas kepada semua yang turut serta dalam menjayakan program ini
No comments:
Post a Comment