navi

Sunday 21 January 2024

MESYUARAT PENGURUSAN EKSA BIL. 1/2024


22 JANUARI 2024(ISNIN):  Mesyuarat jawatankuasa EKSA yang pertama pada tahun 2024 telah diadakan di Bilik Persidangan pada 19 Januari yang lepas. Mesyuarat ini dihadiri oleh Tuan Azrayhafizi bin Mat Zin selaku pengerusi EKSA PBU, Encik Nasrul Azhan bin Muuti sebagai timbalan pengerusi dan ahli jawatankuasa utama unit EKSA PBU.

     Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat ini adalah pelantikan baru beberapa ahli jawatankuasa induk bagi tahun 2024 beserta penerangan skop tugas setiap jawatankuasa. Pelan aktiviti bagi tahun 2024 juga turut dibentangkan oleh penyelaras EKSA, puan Noor Sarena binti Mohd Zahid. Bersempena dengan Minggu Suai Kenal (MSK) bagi pelajar ambilan baharu yang bakal tiba, tentatif aktiviti gotong-royong MSK juga turut dibincangkan.

     Para ahli mesyuarat juga telah dimaklumkan bahawa Audit Dalam Bil. 2/2023 akan dijalankan dalam bulan Febuari 2024 melibatkan kesemua zon di sekitar PBU.




No comments:

Post a Comment