navi

Friday 17 March 2017

PENGIKTIRAFAN AUDIT DALAMAN 3




17 MAC 2017 (JUMAAT): Tanggal 15 dan 16 Mac 2017 merupakan hari yang dinantikan oleh kesemua staf PBU sekali lagi. Hal ini adalah pada tarikh tersebut, satu sesi audit dalaman EKSA yang ketiga bagi tahun 2017 telah diadakan. Kesemua zon EKSA telah terlibat. Para pengaudit bagi acara pada kali ini adalah terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Audit PBU sendiri. Terdapat pelbagai kriteria telah diambil kira semasa pelasanaan program tersebut. Semua staf PBU telah bertungkus-lumus demi memastikan zon di bawah penyeliaan masing-masing berada dalam keadaan yang ceria dan kondusif 







       Hasil daripada keputusan audit, Zon Acer telah dinobatkan sebagai Zon terbaik keseluruhan. Manakala kategori Unit Terbaik pula dimenangi oleh Unit Pembangunan Dan Senggaraan (UPS). Anugerah Bilik Terbaik pula jatuh kepada Encik Shaharil yang duduk di Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Bagi para pensyarah yang mempunyai workstation masing-masing, workstation yang telah berjaya menambat hati para pengaudit adalah workstation Unit Latihan Dan Pendidikan Lanjutan. Anugerah tandas terbaik jatuh kepada Perpustakaan. Unit JMSK telah menggondol anugerah Hasil Kreativiti Terbaik dengan mengetengahkan penggunaan tong kitar semula yang dapat membantu menyelamatkan alam sekitar.




     Sekalung tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah dalam kategori-kategori yang dipertandingkan. Diharap dengan kejayaan yang diperoleh ini mampu dijadikan sebagai batu loncatan kepada zon-zon lain yang tidak berkesempatan memenangi anugerah pada kali ini.

No comments:

Post a Comment