navi

Monday 23 January 2017

PENGIKTIRAFAN AUDIT DALAMAN 1



23 JANUARI 2017 (ISNIN): Tanggal 19 dan 20 Januari 2017 merupakan hari yang dinantikan oleh kesemua staf PBU. Hal ini adalah pada tarikh tersebut, satu sesi audit dalaman EKSA yang pertama bagi tahun 2017 telah diadakan. Kesemua zon EKSA telah terlibat. Para pengaudit bagi acara pada kali ini adalah terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Audit PBU sendiri. Terdapat pelbagai kriteria telah diambil kira semasa pelasanaan program tersebut. Semua staf PBU telah bertungkus-lumus demi memastikan zon di bawah penyeliaan masing-masing berada dalam keadaan yang ceria dan kondusif 








       Hasil daripada keputusan audit, Zon Acer telah dinobatkan sebagai Zon terbaik keseluruhan. Manakala kategori Unit Terbaik dan Go Green terbaik pula dimenangi oleh Jabatan Matematik Sains Dan Komputer (JMSK). Anugerah Bilik Terbaik pula jatuh kepada Penasihat EKSA PBU sendiri iaitu Tuan Zulkurnain Bin Shahadan. Bagi para pensyarah yang mempunyai workstation masing-masing, workstation yang telah berjaya menambat hati para pengaudit aladah workstation kepunyaan Puan Siti Zaimar dan Puan Norhanisha. Anugerah tandas terbaik jatuh kepada Tandas Wanita di aras dua Jabatan Pengajian Am. Unit ICT telah menggondol anugerah Hasil Kreativiti Terbaik.




     Sekalung tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah dalam kategori-kategori yang dipertandingkan. Diharap dengan kejayaan yang diperoleh ini mampu dijadikan sebagai batu loncatan kepada zon-zon lain yang tidak berkesempatan memenangi anugerah pada kali ini.

No comments:

Post a Comment