navi

Wednesday 14 March 2018

Sesi "MOCK" Audit Oleh Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)






14 MAC 2018 (RABU): Jabatan Ukur dan Pemetaan Pulau Pinang telah menghantar empat orang juruaudit EKSA untuk menjalankan audit dalaman EKSA di Politeknik Balik Pulau. Audit luar ini dilaksanakan bagi memastikan, perlaksanaan dan pembudayaan EKSA di PBU selari dengan garis panduan yang telah ditetapkan khususnya dari pihak MAMPU.


Proses pengauditan dijalankan di keseluruhan zon EKSA mengambil masa selama dua hari iaitu pada 13 & 14 Mac 2018. Sepanjang berlangsungnya proses audit ini, ahli-ahli setiap zon yang dilawati diberikan teguran secara terus terhadap peluang penambahbaikan yang ditemui untuk diambil tindakan.

Rumusan yang dibuat dalam mesyuarat penutup audit luar dari JUPEM ini dapat disimpulkan bahawa terdapat sebahagian zon yang perlu lebih berusaha keras untuk memastikan ruang berada dalam keadaan kondusif terutama ruang gunasama supaya persekitaran tersebut terjaga. 

Dalam masa yang sama, pelajar khususnya perlu diberikan pendedahan terdahap amalam EKSA ini kerana secara tidak langsung mereka juga terbabit sebagai pemegang taruh yang menggunakan ruang dan persekitaran yang terdapat dalam zon-zon tersebut.

Pihak PBU ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil JUPEM cawangan Pulau Pinang kerana telah sudi datang bagi menjayakan program "mock" audit sekitar PBU. Diharap segala teguran yang dilontarkan oleh pihak JUPEM dapat diterima baik oleh wakil-wakil zon masing-masing lantas dapat dijadikan pedoman sebagai persediaan menghadapi situasi audit yang sebenar kelak.





                                                             juruaudit di zon Vaio


                                                                 juruaudit di zon Acer


juruaudit di zon Vaio