navi

Monday 9 April 2018

LAWATAN PENANDA ARAS KE MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH BARAT DAYA






7 MAC 2018 (RABU): Sebanyak 14 wakil daripada Politeknik Balik Pulau (PBU) telah mengadakan lawatan ke Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya atau lebih dikenali dikenali sebagai Zon Lebuh Downing dalam organisasi EKSA di sana. Lawatan tersebut disertai oleh staf- staf PBU termasuk para pensyarah dan juga Ahli Jawatankuasa tertinggi bahagian pengurusan politeknik.





Delegasi daripada PBU telah diketuai oleh Pengerusi EKSA PBU sendiri iaitu Puan Pazilah binti Darus. Lawatan ini adalah bertujuan untuk menimba pengetahuan dan meninjau cara- cara pelaksanaan EKSA oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya serta pelaksaan Jawatankuasa Induk dalam menggerakkan pasukan EKSA di PBU. Sehingga kini, Audit Dalam EKSA telah diadakan sebanyak tujuh kali. Lantaran itu, pihak PBU telah bersedia menyambut delegasi daripada pihak MAMPU untuk mengadakan Audit Pensijilan EKSA. Pihak Zon Lebuh Downing telah diketuai oleh Puan Hasniah binti Hassan yang merupakan Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) selaku Naib Pengerusi EKSA. Sesi taklimat telah disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Munir bin Haji Ghazali selaku Ketua Zon Lebuh Downing. Selain itu, Puan Siti Aminah binti Abdul Halim selaku Setiausaha Jawatankuasa Pemandu EKSA JKSNPP turut memberi sepatah dua kata dalam sesi taklimat tersebut.

Pihak PBU ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas tunjuk ajar serta pengetahuan yang telah dikongsi oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya. Semoga dengan lawatan yang telah diadakan ini, pihak EKSA PBU khususnya dapat menambah baik pengurusan EKSA demi memastikan prasarana yang kukuh dan kondusif dapat disediakan untuk kesemua staf dan para pelajar.


Berdasarkan lawatan singkat ini, ternyata perlaksanaan EKSA di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya cukup mengkagumkan. Ia menjadi inspirasi kepada warga PBU dan kami turut berharap agar pertemuan ini menjadi kayu penghubung untuk terus mendapat khidmat nasihat dari mereka.