navi

Wednesday 16 May 2018

Mesyuarat Pemantauan Berterusan EKSA PBU Bil.1




15 MEI 2018 (SELESA): Satu Mesyuarat Pemantauan Berterusan EKSA Bil.1 telah diadakan di bilik persidangan utama Politeknik Balik Pulau. Majlis ini telah dipengerusikan oleh pengarah PBU sendiri iaitu Mejar (K) Tuan Hj. Mohd Fisal Bin Haroon. Ahli Jawatankuasa Tertinggi EKSA PBU turut menganggotai mesyuarat tersebut. Hadir sama dalam mesyuarat tersebut adalah ketua dan setiausaha bagi setiap zon masing-masing



Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah mengenai status kelengkapan fail bagi setiap zon. Pengarah juga telah memberikan beberapa amanat penting sebagai persediaan awal bagi menempuh audit yang akan dijalankan ooleh pihak MAMPU kelak. Setiap setiausaha telah diberi tanggungjawab untuk mengemas kini sebarang maklumat dalam zon masing-masing.


Semoga dengan adanya mesyuarat ini, warga PBU lebih bersedia dan berkobar bagi menghadapi auditan dalaman mahupun luaran dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment