navi

Monday 28 May 2018

AUDIT SILANG EKSA Di Sekitar PBU







25 MEI 2018 (JUMAAT): Pada  24 hingga 25 Mei yang lepas, telah berlangsungnya satu sesi audit dalaman yang dikenali sebagai Audit Silang Zon EKSA. Sesi audit ini telah melibatkan semua zon.  Antara tempat yang dilawat adalah bangunan pentadbiran utama PBU, bangunan pejabat pensyarah Jabatan Teknologi Komunikasi dan Maklumat(JTMK), Jabatan Matematik, Sains dan Komputer(JMSK) dan lain-lain. Sesi audit ini dijalankan adalah sebagai persediaan menghadapi "mock" audit yang akan dijalankan oleh pihak luar iaitu daripada Mahkamah Syariah Pulau Pinang.




           Kriteria audit yang diguna pakai dalam auditan pada kali ini adlah melibatkan Komponen A dan B sahaja. Para auditor yang terlibat dalam sesi pada kali ini adalah auditor dalaman EKSA PBU seramai 8 orang. Berikut merupakan jadual silang EKSA yang telah disediakan oleh ketua Auditor EKSA PBU, Encik Suntheren Yoganathan:



Jadual 1

      
        Ketika sesi pengauditan sedang berlangsung, seorang atau dua auditor yang telah dilantik akan pergi memantau ke zon seperti yang telah ditetapkan dalam jadual di atas. Acara ini berlangsung selama 2 hari bertujuan untuk memberikan lebih ruang dan masa kepada para auditor untuk menjalankan tugas masing-masing mengikut fleksibiliti jadual masing- masing. Ini adalah untuk mengelakkan daripada auditan dilakukan secara tidak teliti mengikut kriteria yang telah ditetapkan.






      Hasil daripada auditan dalaman kali ini, terdapat banyak penambah baikan yang boleh dilakukan oleh semua warga PBU amnya. Namun begitu, kesemua zon telah mendapat markah yang amat memuaskan bagi Komponen A dan Komponen B. Tahniah dan syabas diucapkan kepada staf-staf yang terlibat menjayakan auditan pada kali ini.






No comments:

Post a Comment