navi

Tuesday 12 June 2018

Audit Susulan EKSA



11 JUN 2018 (ISNIN): Debaran penantian audit oleh pihak Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) semakin dirasai. Hal ini adalah kerana pihak PBU sedang berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan bagi mengukuhkan status sebagai salah satu institusi pengajian tinggi yang mengamalkan etika kerja yang kondusif dan sistematik sejajar dengan asas EKSA.




     Oleh yang demikian, pada tanggal 6 hingga 8 Jun yang lepas, unit EKSA PBU telah melakukan audit susulan dalaman yang melibatkan semua zon di PBU. Pada kali ini, komponen-komponen yang diaudit oleh auditor dalaman PBU adalah C,D,E dan F sahaja. Audit susulan ini dilakukan susulan daripada audit silang yang dilakukan pada pengujung Mei lepas.





     Demi untuk memastikan tahap pengamalan EKSA berada di tahap yang tertinggi, Penasihat EKSA PBU iaitu Tuan Zulkurnain bin Shahadan dan semua AJK Induk EKSA telah turun padang. Keterlibatan pihak pengurusan dalam audit ini   amatlah diperlukan agar dapat memberi tunjuk ajar serta tip-tip yang berguna bagi mengindahkan lagi pengaplikasian EKSA di sekitar Politeknik Balik Pulau.



audit di zon HP ( JSKK )



audit di Zon Vaio




audit di Zon Acer




     Antara tempat yang dilawati oleh Tuan Zulkurnain adalah zon Acer dan Vaio, yang merupakan pejabat utama bagi pensyarah-pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) serta Jabatan Pengajian Am (JPA). Tuan Zulkurnain sempat meninjau kesemua tempat pada zon yang dinyatakan. 





    Pihak EKSA amat berbesar hati di atas kesudian Penasihat dan seluruh AJK Induk EKSA untuk sama-sama turun padang melawat zon-zon utama. Semoga segala teguran yang dinyatakan atau dilemparkan dapat diambil baik oleh setiap ahli zon.

No comments:

Post a Comment