navi

Monday 4 June 2018

Mesyuarat Pertandingan "GO GREEN CAMPUS"





1 JUN 2018 (JUMAAT): Elemen Hijau atau lebih dikenali sebagai "Go Green" merupakan satu elemen yang amat penting kepada kita semua. Hal ini adalah kerana ia dapat menyelamatkan alam sekitar daripada pencemaran terutamanya atas sikap rakus manusia itu sendiri. Program "Go Green" adalah merupakan salah satu daripada usaha sekumpulan manusia yang perihatin demi memastikan kelangsungan alam sekitar berada dalam keadaan bersih dan terhindar daripada pencemaran.



     Pihak EKSA PBU tidak terkecuali mengambil berat mengenai kepentingan penjagaan serta pemulihan alam sekitar di sekitar politeknik. Mereka amat perihatin dalam menyelamatkan alam sekitar dan mengangkat PBU sebai institusi pengajian tinggi yang mengamalkan konsep hijau. Oleh itu, satu mesyuarat mengenai pertandingan "Go Green Campus" telah diadakan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Program 1 iaitu Encik Mohd Azrul bin Jaafar dan Pengarah Program 2 iaitu Puan Siti Fartimah binti Mohd Yusop. Dalam mesyuarat itu, pelbagai jawatan yang melibatkan beberapa AJK telah dilantik. Ahli AJK terdiri daripada pensyarah-pensyarah di PBU sendiri. Mesyuarat ini telah diadakan pada 31 May 2018 bertempat di Bilik Pembentangan JTMK.













      Hasil daripada mesyuarat yang berlangsung pada sebelah petang itu, Encik Mohd Azrul menetapkan bahawa penglibatan pelajar dalam program ini amatlah penting dan diperlukan dalam pertandingan "GO GREEN CAMPUS". Setiap kelas wajib menghantar sekurang-kurangnya satu penyertaan.


     Bagi pelajar Semester 1 hingga 3, pelajar perlu menghantar produk berunsurkan inovasi manakala pelajar senior Semester 4 dan 5 pula perlu menyertai pertandingan poster yang berunsurkan alam kehijauan. Pelbagai terma dan syarat telah dibincangkan dan ditetapkan oleh pihak penganjur pertandingan dalam mesyuarat tersebut. Para pelajar diberikan tempoh yang agak lama bagi menyiapkan hasil produk atau lukisan mereka.



      Semoga dengan penglibatan pelajar dalam berskala besar ini mampu menghijaukan lagi bumi PBU. Ini ladalah penting bagi memastikan kelangsungan alam sekitar di PBU khusunya dipraktikkan dan tidak diabaikan begitu sahaja.


No comments:

Post a Comment