Taklimat pembukaan audit dalaman ini telah disempurnakan oleh puan Wan Nur Wahidah, ketua Jabatan Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi yang juga merupakan ketua bagi zon Omega. Pelbagai amanat telah disampaikan bagi melancarkan proses auditan.
Para auditor yang telah dilantik untuk memeriksa zon EKSA memulakan sesi auditan pada sebelah pagi sehingga petang. Mereka merupakan staf PBU yang telah dilantik sebagai auditor di peringkat induk. Setiap zon telah diaudit mengikut kirteria-kriteria EKSA yang diperlukan bagi melestarikan persekitaran politeknik.
Setelah auditan selesai, para auditor telah berkumpul di bilik persidangan bagi membentangkan hasil penemuan semasa audit untuk proses penambahbaikan bagi zon yang terlibat. Markah juga telah dikumpul dan dikira bagi mencari pemenang bagi perlbagai kategori yang dipertandingkan. Tahniah diucapkan kepada zon-zon yang telah mencapai kecemerlangan melestarikan permbudayaan EKSA dalam kalangan staf politeknik.
No comments:
Post a Comment